
Pada 24 Januari 2026, Kuching bakal disinari dengan sebuah malam penuh makna dan syahdu melalui Konsert Rhythm Of The Soul "Kembali KepadaMu" bersama Opick, bertempat di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (Kompleks Islam Sarawak).
Opick, penyanyi dan komposer tersohor dari Indonesia yang terkenal dengan karya-karya kerohanian seperti Tombo Ati, Rapuh, dan Cahaya Hati, bakal membawa penonton menyelami sebuah perjalanan muzik yang sarat dengan keinsafan, kasih sayang, dan kedamaian jiwa.
Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga sebuah wadah refleksi rohani, di mana setiap bait lirik dan alunan melodi mampu mengetuk hati dan mendekatkan jiwa kepada Sang Pencipta.
Penampilan Istimewa
Menjadikan malam ini lebih berharga, dua lagenda muzik turut hadir dengan penampilan khas dari Datuk Ramli Sarip, seorang ikon rock tanah air yang juga dikenali sebagai “Papa Rock”, dengan suara lantang dan penuh jiwa, akan mempersembahkan nyanyian yang menyentuh kalbu. Juga penampilan dari Yabang D'Rimba Jingga, vokalis yang penuh karisma dengan penghayatan lirik yang mendalam, menambahkan keunikan tersendiri dalam persembahan malam tersebut.

Butiran Konsert
Tarikh: 24 Januari 2026
Masa: 8.00 malam
Lokasi: Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching
Jangan lepaskan peluang menyaksikan malam yang penuh dengan ritma, doa, dan jiwa, sebuah konsert yang bakal dikenang sebagai salah satu persembahan rohani paling bersejarah di Kuching. Tiket EARLY BIRD akan dijual bermula 25 Ogos 2025 di saratic.com

Jualan Tiket – EARLY BIRD Promo!
Berita baik untuk semua! Jualan tiket Early Bird akan bermula pada Isnin, 25 Ogos 2025.
- Nikmati diskaun 15% terhad untuk 50 tiket pertama bagi setiap kategori dan mendapat tempat duduk paling depan.
- Peluang terbaik untuk menjadi antara yang terawal memastikan tempat duduk di hadapan pentas dalam konsert penuh rohani ini.
Rebut segera sebelum tiket Early Bird habis kerana kuota amat terhad!







